Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


pai sardin.. siap utk dijamah..
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
pai sardin siap



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 23-May-2007 01:37
Diari hari sabtu..
Hari sabtu baru ni.. penuh ngan jadual memasak..
Paginya ku buat lempeng kelapa muda makan dengan kuah kari ikan..

Tengahari mcm biasa.. masak simple2 jer.. kangkong msk bening, tenggiri goreng, ikan masin dan sambal udang kering+bilis..

Ptg plak ada tetamu nak dtg.. iaitu ibu saudara dari T'ganu & anak serta 2 cucu baby twin lagi.. (dia tidur umah makcik kat PJ ni) dan juga family makcik ku serta anak2 yg kak PJ pun sama2 berkunjung di rumah. Meriah kejap rumahku.. Oleh kerana dah petang.. ku buat pai sardin berkeju dan krim karamel mudah utk dijamu utk minum petang. Resepinya alamakk.. oleh kerana dah lama sangat ku simpan.. sampai lupa dari mana ku ambil.. minta maaf pada tuan punya resepi ya.. resepi asal krim karamel telah diubah suai utk mengurangkan manisnya... apa pun terima kasih byk2 utk resepi2 anda...

LEMPENG KELAPA MUDA
(sori takde sukatan pakai agak2 je)

Bahan2
Isi kelapa muda yg agak keras.. dikukut dari kelapa dan masuk dlm blender + air sket dan blend kasar.
Tepung gandum
Garam sket

Cara2
Bancuh semua bahan agak2 jangan pekat mcm nak buat cekodok tu.. biar cair sket.. panaskan kuali masukkan 1 sudu minyak masak (jangan byk sgt nanti susah nak bentukkan lempeng kalu terlebih minyak) dan sendukkan 1 senduk masukkan dlm kuali dan leper2kan dan goreng hingga garing. Kalau kurang minyak boleh tambah kemudian dlm setengah sudu... Terbalikkan goreng kedua2 belah hingga garing dan bolehlah diangkat.


PUDING KRIM KARAMEL

Bahan2

1/2 cwn gula (bubuh dlm loyang terus letak atas dapur api kecil.. biar jadi kuning then masukkan air 7 sudu besar air kacau rata.. sejukkan)
7 biji telur
250 ml susu segar
3/4 cawan gula (3 per empat cwn tauu.. bukan 3 atau 4 cwn)
1 s/k esen vanila

Cara2
Panaskan periuk pengukus..
Dlm periuk kecil panaskan susu segar.. campur gula dan kacau hingga gula hancur. Tutup api. Dlm bekas lain pecahkan telur.. kacau2 bagi sebati.. masukkan esen vanila dan tuang bancuhan susu+gula tadi kacau sebati. Tapiskan utk dptkan bancuhan yg lebih cantik. Kemudian tuangkan ke dlm loyang yg telah ada gula hangus/karamel tadi dan bolehlah dikukus sehingga masak. Nak tau masak.. tengok kalau kat tengah2 masih goyang gitu.. teruskan lagi mengukus sampai bancuhan betul2 keras dan tak goyang kalau diangkat loyang nya. Masa mengukus bergantung pd saiz loyang.. kalau guna loyang besar.. kurang sket masanya.. kalau guna loyang kecik.. puding jd tebal so... ambil masa lama sket.


PAI SARDIN DENGAN KEJU


Bahan-bahan Untuk Kulit Pai:

80 gm tepung berserbuk penaik (Blue Key)
240 gm tepung halus (Blue Key)
130 gm marjerin
1 biji telur merah
40-50 ml air

Inti :
500 gm sardin - dihancurkan
400 gm tomato puri (sos sardin & tomato puri)
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
2 tangkai daun sup & daun bawang - dihiris
Garam dan serbuk lada sulah

Topping :
180 gm keju parut (ku guna keju slice dipotong2 halus.. + letak beberapa keping kat atas topping)
2 biji telur
50 ml susu segar
2 sudu kecil cili serbuk

Cara Membuatnya:
Gaul ke semua bahan kulit hingga sebati, kemudian tekan ke acuan pai yg bergaris pusat ukurannya 20cm Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit Untuk Inti - tumis bahan kisar, masukkan sardin, tomato puri, serbuk lada sulah, garam, daun sup & daun bawang Tuang inti ke dalam kulit yg telah dibakar tadi Gaulkan keju,telur,susu & serbuk cili dan ratakan di atas inti tadi Bakar lagi pada suhu 200'C selama 30 minit @ hingga keju kekuningan


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.