Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tart Telur tunggu sejuk
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Tart Telur tunggu



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 6-Jun-2007 04:20
Tart Telur & Tapai Pulut
Tart Telur ni favourite MaDiHa... kalau dulu bila pegi kedai roti & kek.. mesti angkat 3 / 4 selain benda2 lain lagi. Tapi skrg sejak kenal laman FP, ramai kawan2 yg bermurah hati berkongsi resepinya.. Jadi tak perlulah ku beli lagi. Terima kasih pd semua teman2 FP yg sudi berkongsi resepi egg tart ni. Resepi ni dicopy & paste dari FP Nina. TQ Nina...

Skrg ni.. Egg Tart ni dah jadi sumber rezeki MaDiHa secara sambilan :-D syukur alhamdulillah... walaupun bisnes kecil-kecilan tapi bolehlah buat menambah pendapatan.. MaDiHa buat tat telur ni utk dihantar ke kedai makan mak saudara di PJ ni. Buat pun bukannya byk.. tp alhamdulillah.. mendapat sambutan. Hantar pun sambil2 selepas hantar anak ke sekolah pagi2 tu... singgah dulu kedainya. Dini & ayahnya.. tiap kali kubuat.. mesti suruh simpan 1 atau 2 utk diaorang.. tak reti jemulah pulak especially si Dini tulah!.. haii.. bertambah tembam ler anakku dok makan tat telur jer.. :-D

Selain tat telur ni.. seminggu sekali MaDiHa pun ada gak buat Tapai Pulut juga utk dihantar ke kedai makcik. Yg ini dah lama dah mula buat sejak tahun 2004 lagi hinggalah sekarang. Buat pun taklah banyak dlm 3 - 4 kg seminggu. Sekali sekala ada jugak catering tempah utk kenduri jika ada permintaan. Biasanya utk kenduri dipek dlm bekas yg lebih kecil. Tempahan terbanyak pernah terima ialah sebanyak 800 bekas. Bagai nak pengsan menyiapkannya. Siap ambil cuti lagi tuu... Mujur hubby pun turun padang.. kalau tak tak tau ler... Kalau jamuan2 kecil.. biasanya org tempah dlm 100 - 200 bekas jer... Bak kata orang... kalau rajin.. rezeki ada dimana2 :->


TART TELUR

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan. cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

Bahan2 Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula (manis sangat.. ku bubuh dlm 130gm aje)
3 biji telur + ½ biji putih telur lebihan buat doh tadi
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

Pulut Siap Packing - belum jd tapai lagi LOL


Tapai Yg Dah Masak

TAPAI PULUT

3 kg pulut - cuci bersih dan rendam semalaman / sekurang2nya 3 jam
1 biji ragi - dihancurkan jd serbuk.
air secukupnya

Cara2
Kukus pulut hingga separuh masak. Bila separuh masak.. pulut diangkat dan masukkan dlm besen. tuangkan air sejuk dlm pulut (air agak2 jer) dan kacau pulut hingga rata. Kukus sekali lagi hingga pulut betul2 masak.
Letak pulut dlm talam dan sejukkan. Bila dah sejuk.. bolehlah digaul rata dengan ragi yg telah dihancurkan tadi.
Masukkan dalam bekas kecil2 atau utk lebih sedap dan wangi bungkus dlm daun pisang ataupun daun getah. (time raya MaDiHa dengan ma selalu buat bungkus guna daun getah... baunyerrr.. mengancam!! :-D )
Pulut yg dah siap dibungkus dimasukkan dlm satu bekas yg besar/kotak dan tutup/balut dengan kain dan simpan ditempat gelap selama 2 malam ataupun diperam selama 48 jam. Kemudian bolehlah dimakan... :->

© Pidgin Technologies Ltd. 2016