Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


inti kacang merah
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
inti kacang merah



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 24-Sep-2007 04:03
Macam2 ada..
Hari ni agak sibuk sikit ler.. almaklum hari Isnin.. jadi tak dapat ler nak bercerita panjang.. MaDiHa masukkan sekali dlm satu entry kuih2 yang dibuat utk 3 hari lepas.. antaranya.. piza roti yang yang kita tiru dari FP kak Nim (penyulawa) cuma bahan2 dia lain ikut apa yang ada kat rumah masa tu dan caranya pun kita pandai2 ikut cara sendiri.... :-D lagi.. hari Sabtu tu kita buat kuih tepung gomak, dan Ahad semalam kita buat karipap pusing inti sardin+kentang. Lauk2 pulak.. ikan sardin masak sambal & ikan sisa nabi masak 3 rasa. Resepi ikan 3 rasa ni di ambil dari FP Maklang.. cuma kita gantikan dengan ikan jenis lain ada jugak bahan2 yg takde stok so kita tak bubuh. Lauk2 lain yang kita masak.. semuanya dah ada dlm entry ni.. jadi tak payah ler tayang.. :-D kang jemu pulak org dok tengok benda sama.. LOL Kepada semua tuan punya resepi yang kita cilok tu.. terima kasih banyak2 yer.. ;-)

PIZZA ROTI

Bahan2
6 keping roti
6 sosej ayam/daging - direbus dan potong serong
1/4 cili capsicum - potong dadu
(boleh tambah lain2 sayuran spt mixed vege - rebus dulu, atau apa2 sayuran yg sesuai)
3 biji telur - campur garam sikit dan buat scrambled
(kita tambah inti daging yg kita guna utk cara berlauk hari tu - kalau takde ni pun takper..)
mozarella cheese secukupnya
sos cili secukupnya
butter secukupnya

Cara2
Sapurkan roti dengan butter. Kemudian sapukan sos cili. Aturkan sosej atas roti. Taburkan inti daging cincang, cili capsicum dan scramble egg. Kemudian last.. taburkan mozarella cheese. Bakar dlm ketuhar sehingga cheese mencair dan roti nampak sedikit garing. Hidang semasa panas.

KUIH TEPUNG GOMAK


Bahan2 Inti
250 gram kacang merah (basuh dan rendam semalaman)
(boleh juga gunakan kacang hijau sebagai inti.. )
1 cawan gula
1 cawan santan pekat
air secukupnya utk melembutkan kacang.

Cara2 memasak inti
Rebus kacang sehingga empuk dan lembut. Proses ni agak lama dan anda perlu tambah air dari semasa ke semasa sehinggalah kacang merah betul2 lembut. Bila kacang dah lembut.. gunakan senduk lenyek2 kacang agar betul2 hancur.. masukkan santan pekat & gula.. masak sehingga inti betul2 kering.

Bahan2 Serbuk Kacang
250 kacang hijau

Cara2 menyediakan serbuk kacang
Bersihkan kacang dan tos. Goreng kacang tanpa minyak dengan api sederhana
hingga berbau wangi dan warnanya bertukar kecoklatan. Tunggu sejuk sikit kemudian dikisar dlm pengisar kering. Ayak dan kisar lagi lebihan dan sisa2 kacang yg masih kasar tadi sehingga habis dan ayak lagi. Ketepikan dahulu.

Bahan2 Doh
400 gram tepung pulut
1/2 sudu kecil garam (dibancuh dlm santan)
1 cawan santan (ni kita agak2 jer lupa nak sukat)

Cara2 membuat kuih
Adunkan tepung pulut dengan santan dan uli sehingga mendapat doh yg lembut (tak keras sgt dan tak lembik sangat) Perlu diingat.. santan jangan dimasukkan sekaligus.. masukkan sikit sikit takut terlembik. Jika masih keras dan tak cukup santan.. boleh tambah dengan air.. masukkan sikit2 sambil uli.
Jerang air dlm periuk secukupnya..
Bila dah dpt doh yg dikehendaki.. ambil doh sebesar bola pimpong.. leperkan.. dan masukkan inti. Inti biar lebih.. baru sedap sikit.. :-D kemudian tutup inti elok2 dan buat bulat2 kemudian leperkan. Bila air mendidih.. masukkan kuih dan tunggu hingga dia timbul. Angkat dan tos kejap kemudian golekkan dlm tepung kacang hijau tadi.

Tips: semasa membentuk kuih.. jangan bentukkan sehingga habis baru nak rebus.. dikhuatiri tepung yang siap dibentuk akan melekat2 pd bekas yg kita susun akan menyebabkan intinya terbuka.. sebab tepung pulut ni sensitif dan lembut sikit. Jadi buatlah dlm 4 biji gitu.. pastu rebus.. sambil buat lagi dan begitulah seterusnya..

KARIPAP PUSING INTI KENTANG + SARDIN


Bahan2 Inti
3 biji kentang - potong dadu
3 biji bawang besar - potong dadu
1 tin sardin besar
3 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar gula
minyak utk menumis
air agak2 utk melembutkan kentang

Cara2 membuat inti
Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga naik bau kemudian masukkan bwg dadu. Kacau seketika. Masukkan air dan kentang. Sekali sekal di kacau. Bila separuh empuk.. masukkan sardin sekali dgn sosnya dan hancurkan sardin. Masukkan gula & garam. Masak hingga inti kering. Ketepikan.

Bahan2 Doh

Doh A
300 gram tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 sudu garam dibancuh dalam 1 cawan air biasa.

Cara2
Tuangkan minyak masak ke dalam tepung dan gaul sebati. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mendapat doh yang lembut. Bulat2kan menjadi 12 biji bebola.

Doh B
200 gram tepung gandum
80 gram marjerin

Cara2
Gaulkan tepung & marjerin hingga mendapat doh yang lembut. Jika tak cukup lembut.. boleh tambah lagi marjerin hingga mendapat doh yang diingini. Bulat2kan menjadi 12 biji bebola.

Cara Membuat Karipap Pusing
Ambil sebiji doh A dan leperkan. Masukkan bebola doh B ke dalam doh A. Tutup doh A dan jadikan bulat. Canai memanjang hingga sederhana nipis. Gulung doh menjadi gulungan yg panjang. (bukan gulungan yg pendek yer) Kemudian canai lagi memanjang gulungan tadi hingga nipis. Gulung semula menjadi gulungan yang pendek pula. Potong gulungan tadi menjadi 3 bahagian. Canai nipis 1 bahagian tadi hingga nipis kemudian terbalikkan. Letak inti dan tutup lalu klem seperti membuat karipap biasa. Boleh dapat 36 biji saiz sederhana.. (12 bebola x 3 = 36 biji) Bila habis.. bolehlah digoreng dlm minyak yg banyak.
(kalau tak faham.. minta maaflah yer.. sebab tak berkesempatan nak buat step by step melalui gambar)

SARDIN MASAK SAMBAL

Bahan2
1 tin besar sardin
3 biji kentang - dikopek & potong bentuk baji atau bentuk yang anda suka
6 ulas bwg merah]
2 ulas bwg putih] Bahan2 ini ditumbuk halus
1 cm kunyit hidup ]
15 biji cili padi]
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
sedikit air utk kuah
garam

Cara2 Menyediakan
Panaskan minyak dan goreng kentang hingga empuk. ketepikan
Panaskan minyak dlm kuali lain dan tumis bahan tumbuk dan serai hingga garing.
Masukkan air (mengikut kuah yang anda mahu) dan sardin. Bila mendidih, masukkan kentang, garam dan asam keping. Biarkan sehingga kentang mesra. Rasakan garamnya.. (kalau masak time puasa.. agak2 ler yer.. ;-) )
IKAN SISA NABI MASAK 3 RASA

Sumber : Maklang Ulam Pegaga

BAHAN
Ikan Sisa Nabi / Ikan sebelah } dikelar banyak2..lumur ngan garam,kunyit dan tepung jagung dan digoreng garing2. (boleh guna ikan apa yg anda suka)
3 ulas Bwg putih – tumbuk kasar
1 inci Halia - hiris halus

BHN SAMPINGAN DIPOTONG DADU
Timun }
Tomato}
Nenas} kita tak bubuh takde stok
Cili bangla / capsicum }

Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Petis udang (1/2 st saje) (takmo masukkan pun takper...)

Tepung jagung } pekatkan kuah
Air
Garam

HIASAN
Carrot – dihiris halus
Daun sup -
Cili padi – hiris halus

- tumiskan bwg putih dan halia hingga naik bau
- masukkan sos cili,tomato, tiram,kicap dan petis udang…kacau
- masukkan air yg dicampur tepung jagung utk memekatkan kuah
- masukkan bhn sampingan tadi dan tunggu hingga masak..
- curahkan ke atas ikan dan hiaslah ikan tu kasi menggoda skit
- makanlah panas2

1. Miss EJ : TQ…
2. MamaFaMi: Masakan mama lagi mengancam… selalu buat kita meleleh.. hehehe..
3. Mamasya: Tepong gomak tu.. boleh bubuh inti apa saja yg kita suka.. tapi madiha kurang suka inti kelapa.. tu yg guna kacang merah kebetulan kacang merah ada.. kalau tak.. buat inti guna kacang hijau pun ok gak.. Ikan sebelah tu.. pada selera kami boleh dikategorikan sedap.. nanti boleh mamasya cuba..
4. Ain: Tu menu utk 3 hari tu… hehehee.. malas nak masuk entry satu persatu.. masuk jer sekali gus.. sibuk sikitlah skrg ni.. hujung bulan kan.. faham2 jerlahh.. hehehe.. amboiii.. akak bukannya pandai sangat pun masak.. dok ikut2 resepi orang lain jugak.. mudah2an masin mulut Ain.. boleh ler akak buka restoran.. hehehe..
5. Kak Leen: Pilihlah satu jer.. yang lain2 tu.. untuk orang lain plak.. hehehe.. gurau jer Kak Leen.. jangan amik hati tau..
6. Ana: Bila bulan puasa ni.. tekak mulalah dok teringin macam2.. kuih2 lama mesti dok ingat jer.. tu yg merajinkan diri tu.. serbuk kacang tu.. takdelah susah mana nak buat.. dah siap goreng.. semua kasi kisar dlm blender tp kena ayak ler.. hehehe..
7. Masriyah: Banyak tu sebab menu utk 3 hari…. Ada lagi lauk2 lain.. tp tak payah ler tunjuk sebab ada yg menu ulangan…:D selera kita ni memang seakan2.. sebab dua2 org pantai timur kan.. eh eh.. memandai jer kita teka.. Betul ke Yah org pantai timur? Bukannya apa.. kdg2 masakan yah.. nampak mcm masakan org belah2 sana.. hehehe.. tu main serkap jarang jer tu…
8. Tariqzaidanirah: Kuih tepong gomak tu.. memang payah nak jumpa melainkan time bulan puasa ni.. ada jugakla yg jual kat bazar ramadan.. kita wat sendiri sebab nak mkn puas2.. hehe..
9. Idderes: Idd ni mesti peminat pizza… asyik dok tegur pizza manjang.. hehehe..
10. Nur: Feberet suami madiha jugak tu….
11. Jie Jie: Internet ni kadang2 bengong sikit.. akak… ikan sebelah nabi tu boleh tahan sedapnya.. akak cuba ler beli sekali.. mana tau akak suka.. madiha memang sejak dulu lagi suka ikan ni sebab mak selalu beli.... isi dia sedapp…
12. Fliffy: uihhhh.. kena tag lagi ? hehehe.. mamasya pun tag kita gakk… tak berjawab lagi ni… nanti ada masa madiha jawab yer…
13. : Lee Lin.. saja2 ajer rajin update.. ada masa kita update.. kalau takde masa.. kita dok senyap jer hehehe.. resepi tu.. utk koleksi sendiri & utk kawan2 kot2 ada yg nak cuba.. resepi harian jer tu... yg simple2.. :-D

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.