Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


ni rumah mahaguru ~ bomoh diraja
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
rumah mahaguru bomoh



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 18-Feb-2008 07:10
Jalan2 Ke Kg. Bermin, Tapah, Perak
Planning awal kononnya cuti tahun baru cina baru ni nak balik ke kampong hubby di Raub. Semua nak ikut.. ma nak ikut (ma memang dah dtg PJ lebih 2 minggu dah), adik2 kita kat kg pun katanya nak ikut gak sebab dah pakat nak menjaring ikan kat sungai kat kg hubby. Tup tup.. telefon kakak ipar... dapat tau rupa2nya mak mertua ada di Perak kat umah dia sebab kakak ipar mintak mak temankan dia kerana suaminya sedang berkursus selama 6 bulan. (kakak ipar pun baru pindah sana di rumah pusaka ibu mertuanya... sejak suaminya tamat perkhidmatan askar di Perlis... jadi kurang biasa suasana di sana.. tu yg dia mintak mak dia temankan dia dengan anak2). Akhirnya.. rancangan awal nak blk Raub kensel (adik2 hubby ada kat Raub.. tp tak syok ler mak takde :-D ) & akhirnya kami sepakat untuk pergi ke Perak ler pulak.. hehehe.. tp bagus jugak tu.. boleh kenal tempat orang.. asyik balik kg sendiri jer.. kenal kg orang sekali sekala syok jugak.. :-D Oleh kerana tak jadi balik Raub.. adik2ku tak jadi ikut.. hanya ma ajelah yg ikut sebab dia memang dah ada kat PJ... :-D

Perjalanan ke sana.. aduhaiii.. rasa serik kalau diingat2 balik. Maklumlah hari cuti.. semua org pun nak makan angin. Konon2 balik 7 haribulan tu.. ingat jalan dah clear sikit.. sebab mesti chinese pun dah sampai kg masing2.. tp ramalanku meleset sama sekali... kerana jalan masih lagi jammed :-O Sabor jelah...

Tiba di tol Tapah.. teruskan perjalanan.. macam pandai aje.. rupanya dah tersalah jalan.. memandai je nak terus ke Kampar.. padahal kena ikut jalan ke Cameron Highland.. heheh.... mujur kakak ipar sms ckp lepas tol masuk jln CH. So hubby pusing balik.. then singgah Shell untuk buang apa2 yg patut pastu hubby singgah jap kedai untuk membasahkan tekak... tak mkn pun sebab Long (akak ipar) dah ckp dia dah msk byk.. So ikut je arahan sms Long.. & akhirnya sampailah juga kami di Kg mak mertua Long (skrg ni dah jd kg dialah coz umah pusaka tu.. dah jd kepunyaan suaminya) Jauh juga jalan nak ke Kg Bermin.. simpangnya betul2 di hadapan Sekolah Kg. Pahang (b4 sekolah ada kem askar) Huh.. naik turun bukit jugaklah... baru ler nampak rumah dia.. itupun dah masuk simpang tu.. call Long mintak jemput sebab tak tau mana satu rumahnya.. heheh..

Ni ada cerita menarik nak cerita.. b4 kami pegi ke Tapah ni.. ada ler dok cerita2 dengan adik ipar (adik hubby).. katanya.. senang je nak cari rumah Long.. sebab rumah Long sebelah istana aje.. Uikkk.. dlm hati kata.. ehh.. kata kg.. tp takkan ada istana.. pastu kita pun katalah.. umah Long dlm bandar ker? adik ipar kata.. takdelah.. kg.. kita pun.. emmmm pelik gak.. dlm kg ada istana? emm.. tunggu & lihat sajalah.. :-D

Then... nak dijadikan cerita.. kat opis.. my bos pun asal dari Tapah gak.. pastu adalah cerita2 kat dia yg kitorang nak pegi Tapah umah kakak ipar.. Then bila dia tanya kat mana.. kita pun ckp ler.. Kg Bermin.. umah dia dekat2 dengan istana.. yg bos ku pun hairan.. ehhh... kat Tapah mana ada istana?? (yelah.. bosku memang lahir kat sana.. mesti dia tau kan :-D ) Aku pun.. jawab ler.. entahlaa.. adik ipar saya kata dekat dengan istana.. sy pun tak pernah sampai lagi.. hehehehe... LOL

So... bila kami sampai je kat Kg Bermin (yg agak jauh gak dari jln besar tu) akhirnya ternampak ler satu rumah yg tersergam indah ni.. kiranya.. rumah paling besar, paling cantik ler dlm kg tu... terpegun gak ler.. bila sampai dekat.. nampak ler kat depan rumah tu ditulis ISTANA SRI GEMILANG (V.I.P) TAPAH PERAK. Aku pun apa lagi... senyum jer lah.. lorrr... ini rupanya yg adik ipar ku kata istana... patutlah bos ku pun tak pernah tau wujudnya istana kat Tapah ni... LOL LOL

Kalau u all semua nak tau.. inilah dia rumah bomoh diraja.. (lupa plak namanya). Kat kg tu.. dikenali sebagai Mahaguru. Dia nilah bomoh yang berjaya menemui lubang tempat Dato' Mazlan yang mati dibunuh oleh bomoh Mona Fandy dulu... Menurut cerita Abang Long (my biras) masa nak dirikan rumah ni dulu.. entah berapa kali pasang, berapa kali bukak.. especially masa pasang tiles/mozek coz bomoh ni agak cerewet.. bila nampak tak cantik di mata dia.. dia suruh bukak balik.. bila dah pasang.. tak puas hati.. suruh bukak lagi dan beli yg lain... kontraktor no problem..sebab semuanya dibayar.. tengok ajelah depan rumahnya tu.. siap ada meriam lagi.. memang luas rumahnya.. tp kita takdelah masuk pun.. tp Long & mak mertua pernah masuk memang besar ler dlmnya.. & isterinya pun tak sombong.. depan rumah dia lak (seberang jln) siap ada tempat berehat2... semua siap tiles... budak2 kg selalu dok main2 kat situ... termasuk ler si Dini & sepupu2nya.. LOL

ISTANA SRI GEMILANG (V.I.P) TAPAH, PERAK





Okeylah.. cerita pasal xtvt kami kat sana plak.. masa kat rumah Long takde apa yg menarik pun.. just berehat2 & makan2 aje.. Long yang sememangnya rajin orgnya.. tak dok diam.. asyik masak masak masak.. sempat belajar buat kuih pau dengan Long.. senang aje nampak dia buat.. takde main sukat2/timbang2 pun.. pakai tepong gandum aje... tp cantik aje naiknyer.. (tp segan nak amik gambor) Kebetulan keesokkannya jiran sebelah buat kenduri akikah.. so sempat jugak pegi mkn kenduri sebab tuan rumah memang siap dtg rumah jemput berkali2... kalau tak pegi nanti kecik ati lak.. hehehe.. Then petang2 gi ronda2 amik gambar 'istana' & pegi ke sungai. Anak2 tak tau dah berapa kali meronda naik motor dengan sepupunya.. yg kita ni.. petang tu teringin gak nak meronda naik motor.. (dah lama tak naik motor ngan hubby ;-) ) jadinya.. hubby, kita & haziq pun ronda2 ler kejap.. si Dini lak jeles nangis2 merajuk tak ajak dia... padahal terdahulu dia dah berapa kali gi jenjalan naik motor.. alahai kakak ni.. sporting ler sket... ;-)

Jom tengok gambar2 kami kat sana..

Ni gambar pagi 8hb tu.. sebelum ke pasar Tapah.. sempat ku suruh mak mertua & ma bergambar. hehe.. pegi pasar tu saja nak kenal2.. lagipun dok teringin nak cari ikan pekasam.. :P


Ni plak.. gambar2 masa kitorang gi meronda ke sungai.. haziq paling suka naik motor.. tak kira sapa ajak.. laju jer nak ikut...





Depan umah Long ada beberapa pokok betik.. tapi yang ini sepokok daunnya agak berlainan.. biasa daun betik lain kan? cuba tengok daun betik yang ini..... pelikkan?? ;-)


Ini pula gambar hubby kena paksa petik daun rambai.. (depan rumah seberang jalan ada pokok rambai MIL Long) konon2 nak bawak balik daun tu dan buat apam pisang daun rambai lagi.. tp bila dah blk PJ.. sibuk manjang.. langsung tak sempat nak buat.. tup tup daun dah jadi kering.. LOL


Ok.. itu aje kisahnya... nothing special.. but kami akan pegi lagi ke sana sebab rasa seronok dan damai sangat bila berada di sana.. suasananya berbeza dengan kg ku & kg hubby... :-D Lagipun.. kat sana ada beberapa tempat riadah boleh pegi.. ada tempat mandi manda.. dengar kata ada kolam air panas jugak kat Kuala Woh. Dan atas lagi ada Lata Iskandar (air terjun) tp kami tak gi pun mandi manda sebab takde dlm perancangan.. lagipun tak tau lagi keadaan kat sana.. yg kami tahu.. Tapah dengan Cameron Highland memang dah dekat sangat laa... so memang dah rancang akan ke Cameron Highland ajelah.. (perancangan awal nak singgah ke Fraser Hill kalau balik Raub :-D ) nanti ku update gambar2 kami di Cameron Highland okey... tungguuu.... ;-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.