Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


tat epal crumble ~ resepi chef anuar
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
tat epal crumble



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 22-Feb-2008 04:53
Cameron Highlands ~ Pasar Malam Brinchang
Pasar Malam Brinchang Town

Ini last cerita pasal CH.. ok.. sambung balik dr kisah kami keluar dari strawbery farm tu.. kunun2 nak gi mencari hotel. Hubby cakap kita gamble ajer.. kalau ada, kita tidur satu malam, kalau takde kita balik ajelah rumah Long.. bukannya jauh sangat.. hehe.. Lagipun.. kami belum tau lagi lokasi hotel yg sesuai utk disewa. Masa naik CH tu.. punyalah hubby suruh budak2 ni mengira berapa biji kereta yg turun dari CH.. hmm.. kira punya kira.. about 500 lebih biji kereta yang turun dari CH.. ni sebenarnya nak bagi budak2 tu (dini & hanim) ralit sikit.. so takdelah terasa pening or mabuk2 sebab maklumlahkan jln naik CH tu berliku2.. so hubby kata.. ramai dah yg turun (yelah dah hari Sabtu kan.. org start bercuti hari khamis lagi) so harapan tu kata mesti ada hotel kosong punya.. cari punya cari, ronda punya ronda.. emmmm.. semua hotel pun dah penuh.. usah kata hotel/ chalet yg murah2.. yg mahal2 pun semua fullhouse.. hahahah.. padan muka kami... LOL Nak kata apa lagi kan.. lain kali booked ler hotel awal2.. so bila tau hotel takdak.. kami terus sambung jalan2 lagi ke pasar malam Brinchang ler pulakk.. ;-)

Pasar malam ni kalau tak silap.. ada pada hari Jumaat & Sabtu saja.. jadi adalah rezeki kami nak meronda pasar malam tu... wahh.. macam2 ada kat situ.. benda pelik2, banyak juga makanan yg tak pernah org jual kat pasar malam KL or PJ ni.. tp kat sana ada.. sayur2 & buah2 usah kiralah.. bunga2 pun meriah betul.. memang bestlah.. ikutkan hati nak borong semua! heheheh.. tp apa boleh buat.. poket tak berapa tebal.. & bonet kereta pun tak berapa besar.. hehehe.. so beli jelah apa2 yg patut. Buah2 sikit, sayur2 sikit & tak lupa.. bunga2 jugak. Cenderahati plak.. ada ler sikit2 beli kat strawberry farm tadi.. & ada lagi tambah sikit on the way nak balik selepas kami makan. Beli kat kedai biasa aje.. sebenarnya nak cari baju aje untuk anak2 buah & adik hubby termasuk utk kami gak... (tak murah sgt pun bajunyer.. tp saja ler wat kenangan) tp si dini pantang ler nampak benda2 comel tu.. ada jer yg dia berkenan. padahal dah beli kat strawberry farm sebelum tu.. dengan sepit rambutnya.. dengan key chainnya.. dengan beg duitnya.. ahh.. macam2lah.. kempis poket den.. LOL Tapi oklah juga.. adalah jugak buah tangan utk anak2 buah & adik2.. (kebetulan adik2 hubby pun ada dtg umah Long) bila dah bagi2 org.. tinggal satu dua je utk kami.. heheh.. lain kali kena beli lebih sikit.. ;-)

Oklah.. layan gambar2 pasar malam plak.. tak byk amik gambar kat sini pasal ramai orang.. pulak tu.. sambil dukung si haziq.. lagilah payah.. kami tak dpt parking.. entah berapa kali pusing.. so ku turun dulu dengan anak2 & ma.. sementara hubby pi parking kereta nunnnn jauh atas bukit dekat sekolah.. then tengah jalan2.. tau2 hubby ada dah kat belakang.. :-D huhhh.. barulah lega sikit.. penat giler dukung & layan kerenah si haziq tengah2 orang ramai ni... :-O

Buah strawberry ni tak beli pun.. sebab tengok harga kat sana takdelah murah sangat pun.. yg ada di pasaraya kat PJ ni lagi murah (masa beli utk wt besday haziq aritu)


Macam2 bunga ada..




Crystal apple..


Carrot segar terus dari kebun... :-D


Ok... itu saja gambar2 yg diambil.. hehe.. habis meronda pasar malam.. kami dah mula merasa sejuk.. hari pun dah mulai gelap.. huh... sejuk giler...apalagi bila anginnya menghembus... rasa macam duduk depan freezer peti sejuk.. hehehe... kami terus ke Tanah Rata lak cari kedai utk makan malam.. sebelum masuk kedai.. masing2 dah cari jacket & sweather... ;-) lepas makan... gi cari t-shirt & lain2 barang kat kedai berdekatan... lama jugak dok memilih2 baju.. jam dah pukul 10.00 pm lebih... then terus kami pulang semula ke umah Long di Tapah.. wooo.. masa ni memang takleh tahan.. rupanya perjalanan balik sungguh ler membuatku mual.. kantoi jugak akhirnya.. hahaha... mujur ler anak2 & budak2 ni semuanya tidur... :-D

##############################################################

Okeh.. ni nak menyelit resepi sikit. Lama dah tak masuk apa2 resepi kat sini.. tat ni yg ku buat aritu ler.. hehehe...

TAT EPAL CRUMBLE
Sumber ~ Buku Langkah Demi Langkah Bersama Chef Anuar


Bahan2 Pastri
160 g mentega
80 g gula kastor
sedikit esen vanila
sedikit garam halus
½ biji telur (gred B) (ku guna kuning telur 1 biji)
250 g gandum (ku tambah lagi sikit tepung sebab doh agak melekat di tangan)

Cara2 Membuatnya
1. Pukul mentega, gula kastor, esen vanila & garam sampai lembut (kejap saja).
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh.
4. Canai dan tekat doh pada acuan tat. Ketepikan dulu.

Bahan2 Inti Kastard
100g kastard segera
200 g air

Cara Membuatnya
1. Campurkan kastard bersama air dan kacau hingga sebati.

Bahan2 Inti Epal
2 - 3 biji epal hijau (kuguna 3 biji)
2 camca besar gula perang
½ camca teh serbuk kayu manis
2 camca besar kismis

Cara Membuatnya
1. Kupas epal (buah biji) dan potong dadu kecil2.
2. Gaul epal bersama gula perang, serbuk kayu manis & kismis.

Bahan Crumble (Topping)
100 g mentega
200 g tepung gandum
100 g gula kastor
sedikit garam
sedikit esen lemon

Cara Membuatnya
1. Cairkan mentega dan masukkan tepung, gula kastor, garam dan esen lemon.
2. Gaulkan dan ramas dengan tangan sehingga adunan berketul2.

Penyudahnya
1. Masukkan inti kastard di dalam pastri tat.
2. Bubuh inti epal di atasnya.
3. Akhir sekali taburkan crumble topping di atasnya.
4. Bakar tat sehingga masak pada suhu 180C 20 hingga 25 minit. (bergantung pd oven anda)

Note: Bila dah masak.. tunggu sejuk. Cara nak keluarkan tat dari acuannya.. (tak boleh terbalikkan.. nanti semua crumble terabur) gunakan pisau kecil yg tajam dan cungkil sikit tepi kulit tat dan keluarkan tat.



Ini pula.. Kek Pisang yang dah berzaman kita buat. Resepinya MaDiHa ambil dari FP Masriyah.. TQ Yah...

KEK PISANG
Sumber ~ Masriyah FP

Bahan
1 cawan butter
1 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri *ayak
1 sudu soda bikarbonat*ayak
1 cawan pisang lenyek
1 sudu besar golden syrup
sedikit asean pisang
sedikit garam

Cara:
1.Pukul gula + butter sampai kembang kemudian masukan telur pukul sedikit dan asean pisang
2.Masukan tepung + pisang + garam dan golden syrup kacau sebati
3.Sapukan sedikit butter pada acuan dan tuang adunan.
4.Bakar pada suhu 180 selama 45-50 minit..sampai masak.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.