Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


kain rentang..
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
kain rentang



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 31-Mar-2008 05:00
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W
Sekolah Rendah Agama Ibnu Rusd, Kawasan Melayu, Petaling Jaya


Hari Sabtu baru2 ni.. sekolah agama kakak Dini telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.. Ibu bapa turut dijemput hadir sama. Oleh kerana minggu ni hubby cuti.. jadi dapatlah luangkan masa sama2 hadir pada majlis tersebut. Tapi tak ramai parents yg hadir.. Acu & Sujah suami isteri yang anak2nya dah tak bersekolah kat situ pun ikut serta juga sebagai wakil dari masjid & rukun tetangga. Acu pula dijemput mengambil bahagian dalam majlis berzanji & marhaban.. Jom tengok gambar2 sekitar majlis... ;-)

Ini meja menyambut tetamu & mengambil nama kehadiran tetamu..


Sampai2 je sekolah.. Haziq dah sibuk minta gula2 kat kantin... sebenarnya.. dia dah tau ada gula2 kat kantin tu sebab tiap2 pagi bila hantar kakak Dini sekolah.. mesti Haziq tarik tangan pegi kantin... gula2 ler yg akan jadi sasarannya.. manakala ibu dia lak.. time malas masak sarapan.. belilah apa2 yg patut kat situ.. ;-)


Murid2 dah siap sedia untuk berarak bersama2 dengan guru2 mereka & juga ibu bapa..


Sambil berarak sambil berselawat ke atas Rasul S.A.W junjungan kita... Kakak Dini tak berarak sebab hanya murid tahap 2 (tahun 4, 5 & 6) saja yang terlibat.



Haziq berjalan sikit.. selebihnya.. minta dukung jelah kejenyer...


Habis berarak.. murid2 & ibu bapa dijemput duduk dalam dewan.. masa ni.. tak tahan dengan kerenah si Haziq yg nakal ke hulu ke hilir.. kdg2 buat perangai... sabar jelahh...


Acu dipersilakan oleh guru besar mengambil tempat di hadapan untuk acara berzanji.. tengoklah si Haziq tu.. tak makan saman langsung.. :-S


Acu sedang berzanji... kemudian marhaban dari wakil murid...



Semasa acara marhaban.. aku terpaksa keluar dulu bawak Haziq ke kantin sebab dia dah mula meragam.. kadang2 dia lari sana lari sini.. bimbang aje tersandung wayar microphone kt depan tu.. bila dipaksa duduk atas riba.. dia melalak plak.. jadi terpaksalah bwk dia keluar.. belikan air kotak & nugget.. barulah dia rilek.. tp rileks kejap jer.. pastu buat perangai balik... sebenarnya.. waktu tidur dia dah sampai.. tu yg dia meragam tu.. selepas acara berzanji & marhaban.. diikuti pula dengan acara berselawat beramai2. Lepas tu.. pengerusi majlis membuat sedikit ucapan dan diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hazelaihi b. Abdullah.. Lepas tu.. guru besar Ustaz Samuri Zan b. Sarjimin pula membuat ucapan & diakhiri oleh ceramah Maulidur Rasul S.A.W oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Pensyarah QLD, UIAM Petaling Jaya). Masa ceramah ni.. aku masih lagi kat kantin.. tp dah takde mood nak amik gambar.. si Haziq sibuk main paip air lah.. sibuk nak tangkap kucing lah.. hehe.. last dia sibuk nak masuk balik dlm dewan.. tp masuk kejap dia buas balik.. terus aku mintak kunci rumah ngan Sujah.. so aku pun balik rumah Sujah dulu ngan Haziq.. balik2 terus mandikan Haziq sebab dia dah berpeluh2.. Siap pakaikan baju dia.. tengok dia dah ngantuk giler.. tepuk2 kejap.. terus tidur.. hehehe.. ngan ibu2 dia pun dah melayang2 sama nak tidur.. LOL

Bila hubby & Dini balik ngan acu & sujah sekali.. masing2 dah kelaparan.. sebab tak sempat sarapan paginya.. so makan ler makanan yg bawa dari sekolah.. mee goreng ngan air kotak.. :-D hentam ajelah labu... Tengahari sikit.. aku goreng nasi kat rumah Sujah.. sebab Dini nak gi sekolah kebangsaan plak (sekolah ganti) Lepas hantar Dini ke sekolah.. bergegas plak balik rumah sebab pukul 3 hubby ada meeting dengan persatuan penduduk kat rumah tu.. sampai umah.. perut macam tak berapa kenyang jer mkn mee tadi.. aku pun buat ler pancake ni sebagai minum petang.. :P :P Sebenarnya terliur tengok pancake dalam fp kak Roylazim hari Jumaat tu.... aku pun apalagi.. buat ler.. hasilnya memang sedap & gebuss sangat.. TQ kak Roy utk resepi ni... MaDiHa copy & paste je ni.. ;-)

ENGLISH PANCAKE
(sumber - roylazim fp)


Bahan2nya...
100gm flour
2 tsp baking powder
2 tsp sugar
1 egg
125ml milk
1 tbsp melted butter - disejukkan

cara2 membuatnya...
tepong, baking powder dan gula disatukan, masukkan telur dan susu dan kacau adunan hingga rata, kemudian masukkan butter cair tadi, kacau lagi hingga rata.
Panaskan kuali non-stick...(MaDiHa guna kuali biasa aje) sapukan sedikit butter...curahkan sesenduk adunan ini dan masak macam biasa lerrr..

Note: MaDiHa makan pancake ni dengan vanilla icecream, perahan lemon & madu.... so yummy... :P :P

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.