Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


cara membuat satar
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
cara membuat satar



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 4-Sep-2008 03:26
BBQ@Keratong Masa Cuti Sekolah & Tetamu Istimewa
Assalamualaikum... ;-)

Hari ni dah masuk 4 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.. alhamdulillah.. setakat ni.. aku takde masalah menjalaninya.. cuma kdg2 tu.. lepas sahur selalu aje rasa nak/ terkeluar balik.. maklumlah.. awal2 pagi dah isi perut.. mmg rasa lain macam sikit... sedangkan hari2 sebelum puasa.. terutama time gosok gigi pagi2 tu.. mesti kantoi jugak.. biasalahkan.. alahan buat sementara waktu buat ibu2 mengandung.. nak buat macamana lagi.. redho jelah.. :-D

Okeylah.. pagi2 dah citer pasal morning sickness... padahal nak citer pasal mkn2.. hehe.. Lately ni agak susah nak masukkan gambar2 dlm FP. Mungkin FP sedang ada masalah ataupun laluan terlalu sibuk sempena bulan puasa ni.. maklumlah kan.. isteri2 berkerja/ suri2 rumah sibuk dok tercari2 resepi utk berbuka.. jadi.. secara tak langsung laluan jadi sibuk.. tu yg jadi lembab giler tu.. hinggakan nak tinggalkan satu2 komen pada FP kawan2 pun ambil masa. Kepada kawan2 yg aku tak sempat singgah lagi tu.. harap jgn kecil hati yer.. maklumlah.. kdg2 tu sibuk ngan kerja.. tambah2 bila FP meragam.. kdg tu dtg bertandang aje tp tak tinggalkan jejak sebab nak cepat..

Ok berbalik pada cerita makan2 ni.. sebenarnya acara makan2 ni dah lama dah.. kami buat masa cuti sekolah bulan lepas. Kebetulan ma telefon anak2 yg jauh ni suruh balik kg sebab kami semua adik beradik (dapat surat) kena hadir ke Pejabat Daerah Rompin untuk sesi cara kuasa ataupun pembahagian harta pusaka arwah ayah. Sebenarnya.. dah buat dulu.. tapi ada sikit kesilapan yg berlaku di atas kecuaian pihak pejabat daerah.. (silap tulis nombor IC arwah ayah pada geran tanah) jadi ma minta dibicara kan semula agar semuanya selesai dengan betul supaya tak menyusahkan semua pihak utk masa akan datang.

Di sebabkan cuti sekolah dan tarikh cara kuasa tu jatuh pada hari Selasa.. jadi sempatlah kami habiskan masa cuti sekolah selama 4 hari di kg. Kalau hari Sabtu tu kami gi memancing.. hari Ahad sebelah malamnya pula kami pun buatlah mkn2 sikit. Takde jemput orang lain selain adik beradik & ipar duai.. Cuma ada tetamu istimewa yang aku jemput iaitu salah seorang dari pengujung FP aku yang secara kebetulan juga berasal dari Keratong. Beliau suami isteri sebenarnya tinggal & kerja di Perak (kalau tak silap tak jauh dari Pangkor.. sorry Nani.. akak lupa nama daerah yg Nani tinggal skrg). Yang membuatkan beliau sudi datang tu sebab suaminya tu orang Keratong yang kebetulan juga sedang bercuti pada minggu yang sama waktu aku balik sana. Jadi sempatlah kami jumpa & beramah mesra dengan mereka.. Memang peramah orangnya & yang jadi lebih seronok tu sebab rupa2nya.. Zahar suami Nani kenal sangat dengan kedua adik ipar aku si Aman (kawan sekolah) & Tasya (sama2 dok Keratong 2)... hmmm... memang kebetulan betullah tu.. jadi takdelah diaorang rasa janggal sgt sebab jumpa ngan org yg diaorang dah kenal lama.. Apa pun.. untuk Nani & Zahar akak ucapkan terima kasih sebab sudi dtg kerumah semata2 nak berkenal2an. Hanya dengan sekali meninggalkan komen & no. telefon.. akhirnya kami jadi kawan pulak.. yg jd seronok sgt tu sebab satu kampong ;-) memang tak sangka orang sekampung aku ada juga yg terjumpa fotopages aku ni.. :-D

Eh.. panjang pulak celoteh.. jomlah kita layan gambar pulak yer.. antara juadah yang sempat kami sediakan ialah.. ayam, daging & udang bakar, air asam, pulut lepa, satar, dadih & air asam boi. Jom tengok.. harap bersabar yer.. maklumlah bln2 puasa ni dok tayang makanan.. ni namanya dugaaannnnnnn ;-) LOL LOL









Gambar2 kami.. sorry arr.. masing2 ngan baju tidur jer..



Inilah tetamu kami.. Nani.. alahaii.. gambar suaminya Zahar terlupa pulak nak amik..


Ok ni pulak.. aku share cara2 kami buat satar.. dulu ada tengok Shahrose buat satar.. tapi terlupa pulak nak print resepinya.. yang kami buat ni.. ikut resepi ma jer.. & bila balik sini aku tengok.. resepi ma lebih kurang sama dengan resepi Kak Hanieliza.. cuma beza pada penggunaan cili sebab kami gula cili padi.. so aku copy & paste ajelah resepi dari Kak Liza untuk tepek sini yer.. yang aku buat kat kg tu.. lebih kurang 2kg ikan.. (malas dah nak taip lain) mintak dihalalkan ye Kak Liza ;-)


Disebabkan asyik sgt makan2.. terlupa nak ambil gambar satar yang dah masak... yg ada satar yg sedang dibakar aje.. so maaflah ye.. sebab tau2 jelah.. bila dah pegang satar & makanan2 lain tu.. tangan dah kotor.. jadi dah malas nak capai kamera ;-) Jadi u all imagine jelah cemana rupa satar yg dah dibakar tu.. LOL

SATAR IKAN
Sumber : Kak Hanieliza

bahan-bahannya

1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering (MaDiHa guna cili padi)
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sedikit asam jawa
daun pisang
besi pencucuk/lidi satay/buluh

caranya;
1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dimesinkan.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam, gula, asam jawa & gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh/lidi satay.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan.

Terima kasih kerana sudi berkunjung di sini.. jumpa lagi dilain entry & selamat berpuasa buat semua.. :-D

Resepi Mee Sizzling telah dimasukkan. Terima kasih!

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.