Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 4-Dec-2009 03:45
Aqiqah di AidilAdha ; Buah Cermai Mekah
AMARAN KERAS!!!
Kepada mereka2 yang mudah merasa ngeri, geli, mual & seumpama dengannya.. DILARANG SAMA SEKALI DARI MELIHAT GAMBAR2 DALAM ENTRY INI!!!

Sebelum ada mulut2 yg berkata2, hati yang berdetik atau tangan yg terasa ingin menaip di ruangan komen tatkala melihat gambar2 di bawah ini.. terlebih dahulu aku ingin menyatakan di sini bahawa tiada sedikit pun niat di hati atau perasaan ingin menunjuk2 atau bermegah2 dengan ibadah aqiqah yang kami lakukan ini. Diharap tiadalah yg beranggapan sedemikian. Tujuan aku memaparkan gambar2 ini hanyalah sebagai kenangan peribadi kami & buat tatapan anak2 cucu kami di masa hadapan selain sebagai tatapan pengikut setia FP ini yang ingin mengikuti perkembangan xtvt kami sekeluarga :-)

Aqiqah

Hari raya kedua AidilAdha.. pagi2 lagi kami dah bangun dan bersiap2 untuk ke kandang lembu & tempat penyembelihan yang terletak di dalam ladang kelapa sawit tak jauh dari Pekoti Timur (agak jauh juga dari Keratong). Kami pergi dengan sebuah van aje walaupun kalau diikutkan ramai 'anak2 wek' yang nak ikut :-D . Tapi disebabkan jalan nak masuk dlm ladang tersebut agak becak & berselut kerana musim hujan.. maka tak beranilah nak masuk dengan kereta. Pajero ma pulak.. belum siap cat lagi.. masih terbengkalai kat bengkel gara2 tuan bengkel demam... so.. hanya mereka2 yg tertentu ajelah yg pegi termasuk ler mamarazzi yg sorang ini (akulah tu LOL ). Nak pegi ramai2 dengan van tu nanti.. tak muat pulak nak bawak balik daging... :-D


Pemandangan kandang lembu dari atas bukit pada hari kedua aidiladha... :-D
Ma kata.. masa dia datang menempah lembu kat sini sebelum ni.. semua kandang penuh dengan lembu.. nampaknya hari kami pegi tu.. dah luak sikit lembunya sebab dengar khabar pada hari raya pertama tu lebih kurang 20 ekor lembu dah ditumbangkan selain ada juga yang beli lembu hidup2.. :-D


Tokma membuat tinjauan dari luar kandang.. hehe.. sebenarnya dok ralit tengok orang sedang melapah... ;-)


Ayah & Haziq pun join sama... :-D Ibu kelek Alin sambil ambil gambar.. (almaklumlah kan.. reporter tak boleh ditinggalkan biarpun ada baby.. tetap nak ikut juga.. LOL )


Akad jual beli lembu sedang berlangsung. Poksu Dee mewakili bagi pihak semua.


Tokma dengan Alin (yg masih dgn baju tidor) melawat bahagian dalam kandang pula sambil menunggu giliran lembu kami di sembelih.


Lembu2 beratur menunggu giliran dikorban / aqiqah..


Ini lembu yg kami pilih.. (tokma & poksu Dee ler yg wakil tukang pilih masa menempah.. sebab kami semua berada kat KL masa tu :-D )


Hampir 4 jam juga menunggu giliran.. Penat berdiri, duduklah pulak.. ;-) Alin pun dah siap kena mandi masa ni.. tumpang mandi kat bilik air yg ada berhampiran pejabat kat situ..barulah selesa sikit.. ;-) nak mandi awal2 subuh tu.. kesianla pulak dia.. Tu bab mandi.. tidor pulak dah 2 round Alin tidor kat situ.. hehehe.. sib baiklah Alin jenis tak kisah tidor walaupun takde buai... :-D Sebenarnya.. ramai lagi orang lain yg menunggu giliran yang duduk2 kat situ.. orang2 perempuan & budak2 lain pun ada.. tapi seganlah pulak nak ambil gambar orang lain.. kang apa lak kata dorang :->


Dah tiba masanya untuk disembelih.. gambar2 dari jarak dekat ni.. semua hubby yg tolong ambikkan.. tak manis pulak aku orang perempuan nak masuk kat tempat orang sembelih tu.. semua lelaki belaka.. 8-)


Penyembelihan dilakukan oleh Pak Haji (tak tau nama).. untuk hari tu saja.. lebih kurang 19 ekor lembu yang disembelih.. hari sebelumnya (raya pertama) 20 ekor.. tapi lembu kami cuma sekor ajelah :P Dulu2 arwah ayah & ma tak berkemampuan nak buat aqiqah untuk anak2nya kerana kami hidup setakat cukup2 aje... bila semua anak2 dah besar2 (dah tua pun).. barulah ma punya duit lebih sikit... walaupun orang kata adalah lebih baik/afdal buat korban saja utk anak2 yg dah baligh.. tapi disebabkan ma dah berniat dari awal lagi nak buat aqiqah utk anak2nya yg 4 orang ini.. maka aqiqahlah juga yang diniatkan... ada 2 bahagian yg lebih itu.. aku & hubby masukkan sekali nama kakak Dini & abang Haziq.. insyaAllah.. kalau ada rezeki lebih akan datang.. buat aqiqah untuk adik Alin pulak... ;-)


Lembu sedang dalam proses nak di lapah.. elok jer hubby ambik gambar ni.. terus bateri kong.. hehe.. so.. hanya ada gambar ni jelah yg terakhir di kandang lembu... LOL


Daging lembu dari tempat penyembelihan tadi dah selamat di bawa balik ke rumah ;-) . Jiran2 ada yang datang membantu melapah & menimbang utk tujuan mengagih2kan pada ahli2 blok (dlm felda biasalah.. ada blok2 :-D ), jiran2 terdekat, kawan2 & mereka yang sepatutnya. Kami tak buat kenduri masak2.. sebab rasa tak mampu nak masak lembu sekor tu.. (mcm nak wat kenduri kawin lak) so.. kami hanya sedekahkan daging sahaja 8-). Bagi yg datang menolong tu.. dpt ler lain2 bahagian spt tulang, hati, limpa & bla bla bla... :-D


Berpeluh2 poksu Dee melapah.. sempat lagi tu cucuh rokok.. ish ish ishh.. :-O LOL


Jiran sebelah rumah (kami panggil ngah) dengan anaknya pun ada... :-D Nasib baiklah ada dorang.. kalau tak mesti lambat juga siap.. nak timbang2 lagi.. nak pegi buat penghantaran lagi.. ;-)



Para penonton yang setia.. ada yg buat muka boring pun ada.. hehe..


Tengok ler dak Alin tu melalak bukan main luas molotnya.... langsung tak mau dengan orang lain.. asyik ler nak berkepit dengan ibu... takleh berenggang dgn ibu langsung.. macamanalah ibu nak menolongg... :-O hmmmmm.. ibu tolong amik gambor ajelahh... LOL LOL


Peserta terakhir melapah.. hehe..


Menantu sulung jiran tokma (Zaidi) dengan angah ambil kontrak menimbang & membungkus.. :-D



Lepas selesai menghantar daging2 tu.. ngah tolong basuh perut lembu. Pastu kaum pompuan pulak buat sup tulang & sup gear box utk makan2 malamnya.. selain tu.. ada gaklah ambik daging utk buat daging bakar ala2 daging satay versi lebar gitu...(anak ngah yg perap daging tu..) Sup tu di makan dengan mee & bihun.. ma hanya jemput besan2 terdekat (mertua ku takde ler sebab jauh nun di Raub :-D ), jiran2 & kawan2 rapatnya saja utk makan sup tulang tu... tapi sorry ler gambar tak amik pun.. dok kalut2.. langsung lupa nak ambik gambar tetamu.. Sambil2 masak sup.. ngah dengan hubby dok bakar kaki lembu pulak utk dibuat rojak kateh.. hehe.. dah siap rebus kasi kembang itu kulit kaki lembu.. adik2 ngan adik iporku Tasya (tak tau sapa lg yg buat sebab aku dok sibuk menda lain) tukang hiris halus2 sebelum di proses jadikan rojak kateh. Nasib baiklah ada jiran & adik2 yg rajin menolong.. harapkan aku ni apa pun tak menjadi.. Dak Alin langsung taknak dgn orang lain.. ngan ayah dia pun tak berapa.. :-O


Haziq dengan anak sedara Tasya (isteri poksu Dee) sibuk main torchlight... masa ni org2 tua sedang sibuk bakar daging... :-D

Nampaknya.. itu ajelah gambar2 & cerita yang dapat dikongsikan dlm n3 kali ni... maaf jika ada gambar2 yang agak menjijikkan & melampau terutama gambar2 di kandang lembu tu... 8-) 8-) Bagi aku anak petani & anak orang kampong takdelah rasa apa pun tengok gambar2 tu malahan aku sendiri pun turut berada di tempat tersebut.. tp mana tau kann.. ramai di luar sana anak2 orang bandar yg tak pernah melihat suasana macam tu mungkin akan merasa agak geli & menjengkelkan dimata mereka.. mohon maaflah banyak2 yer.. 8-) 8-)

Cermai Mekah

Untuk menghilangkan rasa kejengkelan & seumpamananya.. meh ler aku kongsikan gambar buah Cermai Mekah ni dengan korang semua... 8-) 8-) Tapi harap maaf yer sebab gambarnya kurang memuaskan sebabnya gambar di ambil dari HP saja.. Terima kasih pada angah yang telah MMS gambar2 ni pada aku baru2 ni.. ;-) Gambar ni dirakam oleh angah semasa beliau pergi melawat bapa saudara suaminya di Jengka, Pahang ;-)


Aku tak pasti akan kebenaran nama buah cermai ni.. tapi mengikut kata angah.. orang2 kat situ (Jengka) memang panggil Cermai Mekah... ;-) Menurut angah.. buahnya sama masam macam buah cermai biasa yg warna kuning spt kat bwh tuu... :-D

(gambar cermai biasa ini diambil di rumah mak sedara ku di Kg. Pinang Merah, Dungun, Trengganu)

Jumpa lagi... 8-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016